BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Bila Hati Diguris

Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya.
Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan.
Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu.
Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.
Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.
Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai'e.
Positif menjadikan kita bersangka baik. Bersangka baik lebih menenangkan hati. Orang hebat biasanya kerana dia hebat dalam hubungan dengan Allah. Tapi ada juga yang hebat dunia sahaja, hubungan dengan Allah entah ke mana. Dia tidak bersangka baik dengan Allah apatah lagi dengan makhluknya. Adab dan akhlak dalam pengurusan hati masih lagi samar untuk diiktiraf sebagai seorang dai'e.
Sekiranya semakin kita bijak, semakin jauh diri kita daripada-Nya, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Jauhkanlah sifat itu dari dalam diri.
Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci. Andai ada yang tidak berpuas hati. Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih ramai yang mencintai kita di dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di akhirat.
Nabi SAW bersabda "Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya."
sumber : iluvislam

Hendak Memberi atau Terima?

~Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

  • Beri atau Terima?
Antara memberi dan menerima, mana yg lg seronok? Pasti rmai akan kata, menerima. Sama mcm kita beri dan terima hadiah, pasti rmai yg akan kata, yg mnerima hadiah lg gembira dr yg memberi...

Cuba kita bygkn analogi ini....

Dua orang shbt baik. Si A dan B. Si A suka membaca dan sgt sukakan buku yg ditulis oleh penulis Z. Kebetulan, lg 2 mggu hari lahir A dan pd masa yang sama, penulis Z ada keluarkan buku terbaru di pasaran..jd, sbg shbt, B tak nak lepaskan peluang utk dptkn buku tu dan dijadikan hadiah sempena hari lahir A...

Bayangkan pada hari B hadiahkn buku pada A, A sgt2 gembira sbb dpt hadiah yg sgt dia suka dan berharga dr shbt sdiri. Itu kegembiraan yg kita dpt lihat pada zahirnya. Tp hakikatnya, siapa yg lebih gembira? si A yg mnerima atau si B yg memberi? letakkan diri anda di tempat penerima dan pemberi.Pastinya, perasaan seronok dan gembira pemberi melebihi penerima apabila pemberian kita diterima dgn sng hati dan dihargai penerima....

Begitu juga dlm kehidupan seharian kita. Memberi bukan shj dlm bntuk brgn yg nyata spt wang dan hadiah atau barang. Tetapi, pemberian spt pengisian,nasihat,kata2 smgt yang berguna juga sbrnya merupakan pemberian yg sgt bermakna. lebih2 lagi, apabila pemberian tersebut mampu utk tambah 'saham' akhirat kita. InsyaAllah.

  • Berilah Walau Sedikit
Bukan banyak yang diperlukan utk memberi. Bukan nilai sesuatu brg yg dikira dlm pemberian. Yg penting, ianya ikhlas dalam memberi.

Tidak susah dan tidak mahal utk menggembirakan org lain. Kata-kata, senyuman,ataupun doa. Tidak walau 1 sen pun dikeluarkan utk kita memberi semua itu. Tetapi ianya cukup berharga buat si penerima. Dan kegembiraan itu akan dtg kepada kita semula. Bak kata pepatah inggeris "what you give,you get back".

Jika anda miskin, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk tidak memberi. Jadilah si miskin seperti Sayidina Ali Karamallahu wajhah. Dia tetap memberi walaupun hidup dalam kemiskinan. Sesungguhnya dia sangat menyedari apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa Allah cinta kepada orang yang pemurah, namun Allah lebih cintakan orang miskin yang pemurah.


  • Bukan Sekadar Memberi Tanpa Balasan
Bukan balasan atas setiap pemberian yg kita harapkan. tetapi manfaat dari setiap pemberian kepada penerima yg kita utamakan. Balasan utk setiap perbuatan kita, pemberian kita,hanya Allah yg mampu utk membalasnya.

Dalam FirmanNya:

“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalannya). Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalannya).” (Surah al-Zalzalah 99: 7-8)

Jangan mengharapkan balasan manusia sedangkan balasan dari Allah lebih baik. Jadikan keyakinan kepada Allah itu pendorong kepada kita utk memberi dan terus memberi.

p/s~Jika selama ini kita jadi penerima yg baik, maka belajarlah utk menjadi pemberi pula. sampaikanlah apa yg kita terima itu kepada org lain, supaya kebaikannya kita terima bersama.

Kata Kita Sahabat, tapi...........

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~




Alhamadulillah,
setiap daripada kita dikurniakan kawan2...
Ada telah pun menemui sahabat sejati...
Bukan perkara mudah untuk berjumpa dengan sahabat sejati....

Sbg shbt, sejauh mana kita menghargai sahabat kita?
Sejauh mana kita menyayangi dan mencintai sahabat kita?
Sejauh mana kita mahukan kebaikan untuk sahabat kita?

Cuba kita bayangkan,
Cuba kita fikirkan,....
Apa kita akn buat, bila............

shbt kita tiba2 tak faham sesuatu..
kita
ketawakan atau kita terangkan???

shbt kita tak tahu nk buat sesuatu....
kita
marah dia atau kita tunjukkan caranya???

bila shbt kita buat perkara tak betul....
Kita
mengumpat dia atau kita nasihatkan???

bila shbt kita tak jelas tentang sesuatu....
kita
rumitkan atau kita jelaskan pd dia???

dan bila shbt kita tak mampu lakukan sesuatu...
kita
manjakan dia atau kita usahakan???


Adakah kita benar2 sahabat? adakah benar2 kwn yg baik?



Shbt yg baik akn lakukan perkara yg terbaik juga utk shbtnya...Bukan mentertawakan, bukan memarahi...Sahabat yg baik akan ada perasaan utk tegur kerana sygkan shbt, bukan syg utk tegur demi kebaikan shbt...

sbg shbt, apabila shbt kita............

Tak Faham, Kita Terangkan -----> Bukan Ketawakan....
Tak Tahu, Kita Tunjukkan -------> Bukan Dimarahkan....
Tak Betul, Kita Nasihatkan ------> Bukan Diumpatkan....
Tak Jelas, Kita Jelaskan ---------> Bukan Dirumitkan....
Tak Mampu, Kita Usahakan ----->Bukan Dimanjakan....




p/s~bukan sekadar perhubungan antara kita dan shbt2, tetapi juga utk org2 sekeliling kita...sekadar perkongsian bersama....

Perasan Tak?

~Dengan Nama Allah Ynag Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~



Kadang-Kadang kita tak perasan,
Kita duk sibuk2 hal dunia,
Hal akhirat tertinggal di belakang....

Kadang-kadang kita tak perasan,
Kita tegur2 org buat salah,
tp kita pun buat benda yang sama.

Kadang-kadang kita tak perasan,
Kita mengata orang,
tp diri sendiri kita tak tgk kelemahan.




Kadang-kadang kita tak perasan,
Masih banyak yg kita perlu perbetulkan,
tapi kita tak boleh nk terima pandangan.

Kadang-kadang kita tak perasan,
kita rasa kita paling hebat,
tp sbnrnye org rasa kita ni belagak pandai.

Kadang-kadang kita tak perasan,
kita dah buat kesalahan,
tapi kita tak boleh nk terima teguran.

Tapi sejauh mana kita PERASAN,
kita sebenarnya Hamba Allah yg juga manusia biasa,
yang sgt2 perlukan masa,
untuk berfikir dan kembali bermuhasabah diri utk perkara yg kita lakukan??.

Kadang-kadang kita tak perasan semua tu,
sbb kita manusia biasa yang hidup penuh dgn perasaan....


Sbb tu kita perlukan teman @ sahabat di dunia utk menegur kita bila kita jd org yg tak perasan apa yg sbnrnye kita lakukan....

p/s~jom cari masa untuk fikir dan muhasabah ap yg dh kita lakukan...

~Belajarlah Untuk Berlapang Dada~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Selamat Pagi.! Mulakan hari ini dengan sesuatu yang bermanfaat dan membuatkan hari-hari anda lebih bermakna.!

Setting minda anda untuk dilapangkan pada hari ini, adjust perasaan anda untuk menjadi lebih tenang dan damai serta practic diri anda untuk bertindak sesuai mengikut keadaan pada hari ini..semoga hari ini lebih baik dari semalam...

Memulakan hari dengan berbagai-bagai perasaan, mampukah kita mengawal perasaan tersebut?? Persoalan yg juga sy tuju kepada diri sendiri.! Antara benda yang perlu kita lakukan dalam meniti hari-hari kita adalah dengan berlapang dada...namun,berlapang dada bukanlah perkara mudah dilakukan sepertimana kita mampu untuk katakan... Perkara yang hakikatnya sukar untuk dilakukan dalam satu-satu situasi....dan kadang kala, mnjadi lebih sukar dengan org yang rapat dengan kita dan dalam situasi yang kita sudah terbiasa...Tpi, dgn berlapang dada jugak lah, sesuatu perkara tu dpt menjadi lebih baik...




Berlapang dada mengajar kita sebagai manusia supaya mengetepikan syak wasangka kita pada manusia lainnya...Mengajar kita untuk berfikiran lebih optimis, memberi ruang untuk minda kita berfikiran lebih terbuka, membantu kita untuk berfikiran positif terhadap diri sendiri serta org lain dan persekitaran.. Melatih diri untuk menerima pandangan orang lain dalam masa yang sama berfikir dengan cara yang terbaik...Berlapang dada hakikatnya membuatkan kita menjadi lebih tenang tanpa mengusutkan fikiran dengan prasangka yang hanya akan mendatangkan mudarat...

Berlapang dada juga mengelakkan berlakunya persengkataan, permusuhan, dendam serta mengurangkan ketidakpuasan hati sesama manusia...saling bermaafan sesama manusia serta mengukuhkan lagi ukhuwwah sesama Islam...

Memang diakui, berlapang dada bukanla perkara mudah, namun tidak bermakna ia tidak mampu untuk dilakukan.! Ayuh, bersama-sama kita melatih diri dan mempraktikkan diri untuk berlapang dada terhadap sesama manusia...semoga dengan sikap yang lebih baik ini, hari-hari yang mendatang akan lebih baik dari hari-hari sebelumnya...InsyaAllah..


p/s~Perkara susah adalah tidak mustahil untuk dilakukan...kadangkala ia adalah satu cabaran untuk kebaikan...optimis.! =))