بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
~ Untuk aku, kamu & dia ~
Siapapun di atas muka bumi ini mahukan bahagia. Tiada siapa
mahu hidup dalam kekusutan dan keserabutan.
Namun, bagaimana kita mendefinisikan bahagia yang umumnya sangat subjektif pada tafsiran individu?
Ada manusia yang bahagia dengan wang ringgit
Ada manusia yang bahagia dengan keluarga
Ada manusia yang bahagia dengan kerjaya
Bahkan, ada pula manusia yang bahagia dengan dosa. Nauzubillah.

Umumnya, bahagia itu adalah ketenangan. Tenang menghadapi hari-hari mendatang. Tenang berdepan liku-liku kehidupan. Menjemput bahagia dengan ketenangan yang disandarkan pada rasa hati yang bersyukur.
Dahulunya, saya pernah terfikir, alangkah bahagianya manusia disekeliling saya. Dengan keluarga dan anak-anak. Dengan kemewahan wang ringgit. Bahagia melihat kasih sayang mereka juga membuatkan saya merasa bahagia. Maka kemudiannya saya terfikir,
“ Apa aku tak bahagia
dengan apa yang aku ada?”
“ Sedangkan aku juga punya keluarga yang sangat menyayangi satu sama lain.”
“ Aku juga lahir dari keluarga yang serba serbi cukup kelengkapan, walaupun tidaklah terlalu mewah sehinggakan setiap apa kemahuan boleh dituruti.”
Ya, saya ada segalanya! Mengapa perlu merasakan orang lain lebih bahagia, sedangkan kita mencorak bahagia yang kita mahukan!

Bukan kerana bahagia kita bersyukur, tetapi dengan bersyukur kita merasa
bahagia.
Bila kita bersyukur dengan apa yang kita ada, maka kita beroleh ketenangan dan
kecukupan dengannya. Allah mencukupkan kita dengan apa yang kita perlu.
Saat dan ketika ini, coraklah bahagia dengan dengan cara kita. Dengan menjemput bahagia melalui rasa syukur padaNya.
.: Allah tidak pernah mensia-siakan doa kita. Mintalah dariNya :.

0 nasihat:
Post a Comment