Alhamdulillah, on9 Facebook mlm ni. Mula2 tu , mmg rse xnk on9 mlm ni, cuma nak download lagu je. Tp dh alang2 duduk dpn komputer, tgn ni, bukak jugak Facebook.
Dgm kuasa Allah,mase tgh on9 td, tibe2 terbaca status sahabat psl "Konvokesyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka". Dia diberi kesempatan ke sana. Alhamdulillah.!
Tak lama slps tu, 1 video rakaman dipostkan kat wall dia. Video berkaitan dengan salah 1 Pidato dlm program tersebut.
Sungguh.! Hanya Allah yg tahu mcm mne perasaan dgrkn video tu..Sgt bersemangat..Trus download utk jadikn smpnn dan smoge bergune utk diri sndiri dan org2 lain, InsyaAllah..
Alhamdulillah, ade hikmahnye on9 mlm nie. Dgn kesempatn yg ada, video ini diupload semula di blog utk tontonan semua dan utk ambil iktibar. Semoga ia sgt berguna utk semua. InsyaAllah.
.:setiap perkara de hikmahnya. Segalanya, Allah yg tentukan.Alhamdulillah...
p/s~semoge ade kebaikannye dr video ni, InsyaAllah:.
Video Itu~Bangkitlah Islam
~Sebelum Terlena~

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku si pembaringan
Mengenang nasib diri
Yang kerdil lemah bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titan sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpah hidayahMu
Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata
Tak mampu membasuh airmata ini
Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya ku pikul sendiri
Hanya rahmat dan kasih sayangMu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahMu
Andai esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi
Sebelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku
Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangMu
Agar lena nanti ku mimpikan syurga yang indah
Abadi
Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga Firdausi
Oh Ilahi
Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdianku padaMu
~HIJJAZ~SEBELUM TERLENA~
.:~Jln2 dekat blog org,jmpe lagu nie..Ya Allah, syahdunye..terasa semangat semula..~:.
Kenyataan Hidup di Sebalik Permainan Ini.
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepadaanak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata,
"Saya ada satu permainan. Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah
"Kapur!",
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah
"Pemadam!"
Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata,
"Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah
"Pemadam!",
jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah
"Kapur!".
Dan diulangkan seperti tadi,tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum kepada anak muridnya.
"Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, setelah musuh kita memaksa kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan perkara itu, seterusnya kita mula dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa."
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."
"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" Tanya guru kepada anak muridnya.
"Baik untuk permainan kedua." Gurunya meneruskannya.
"Cikgu ada sebuah buku,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil buku yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil buku itu. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .
"Murid-murid,begitulah ummat Islam dengan musuhnya. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar."
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin merobohkan rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka.Dan itulah yang mereka inginkan."
"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita. "
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" Tanya murid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang."
p/s~shbt2, rakan2, inilah kehidupan ummat Islam sekarang. Tanpa sedar, kita dihancurkan secara halus. Dan itulah agenda mereka-mereka yang suatu masanya nanti mahukan Islam itu musnah. Renungan untuk semua termasuk peringatan untuk diri sendiri juga. Moga bermanfaat, insyaAllah...
~Kisah Brownies dan Kehidupan~
Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.
“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 18-SX, tapi kami berdua dah pun lebih dari 18 tahun!”
Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”
“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”
“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”
Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya,
“Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”
Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.
Kemudian si ayah berkata, “Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.” Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. “Ayah dah lembut hati,” bisik hati mereka.
“Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3 gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yang paling enak.”
Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.
“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”
“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?” tanya si abang.
“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya.”
“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.
“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.
“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.
“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!”
Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.
“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.
“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”
“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”
“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.
p/s~Hati kita mati sedikit demi sedikit disebabkan perbuatan kita. Benda atau prkara yang dianggap kecil sebenarnya boleh memberi impak yang besar dalam kehidupan tanpa kita sedari.
Pemergianmu Ditangisi, Kedatanganmu Disyukuri
Setelah sebulan berpuasa,
Ramadhan dah pun berlalu..
Pemergian Ramadhan mmg dirasai..
Tup-tup dah habis puasa..
Gembira nk smbut raya,
Tapi sedih lagi Ramadhan pergi..
Macam mana kualiti puasa kita kali ni?
Lebih baik dari thn2 sblumnya?
Puasa,amalan2 kita,tarawih,qiamulail dan sebagainya..
Hanya Allah yang menilainya..
Ramadhan dah berakhir,
Semua umat Islam sedang meraikan di Aidilfitri..
Itulah kemenangan yang diraikan setelah berjihad di bulan Ramadhan,
Kemenangan bagi seluruh umat Islam.
Kedatangan syawal disambut dengan meriah seiap tahun.
Saling bermaafan,
Ziarah menziarahi,
Pergi beraya rumah rakan2,
Buat open house,
Panggil rakan-rakan dtg rumah,
Dijemput open house rumah org pun tak kurang byknya..
Mengeratkan ukhwah sesama saudara Islam.. =)
Indahnya berada di bulan mulia,
Gembiranya berada di bulan kemenangan,
Pemergianmu ditangisi, Ramadhan,
Kedatanganmu disyukuri, Syawal...
Mudah-mudahan ini bukanlah Ramadhan yang terakhir bagi kita semua.
Dan bukan juga Syawal terakhir yang disambut meriah dengan ahli keluarga tercinta.
Semoga diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan dan Syawal yang akan datang.
InsyaAllah. =)



