BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kata Kita Sahabat, tapi...........

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~




Alhamadulillah,
setiap daripada kita dikurniakan kawan2...
Ada telah pun menemui sahabat sejati...
Bukan perkara mudah untuk berjumpa dengan sahabat sejati....

Sbg shbt, sejauh mana kita menghargai sahabat kita?
Sejauh mana kita menyayangi dan mencintai sahabat kita?
Sejauh mana kita mahukan kebaikan untuk sahabat kita?

Cuba kita bayangkan,
Cuba kita fikirkan,....
Apa kita akn buat, bila............

shbt kita tiba2 tak faham sesuatu..
kita
ketawakan atau kita terangkan???

shbt kita tak tahu nk buat sesuatu....
kita
marah dia atau kita tunjukkan caranya???

bila shbt kita buat perkara tak betul....
Kita
mengumpat dia atau kita nasihatkan???

bila shbt kita tak jelas tentang sesuatu....
kita
rumitkan atau kita jelaskan pd dia???

dan bila shbt kita tak mampu lakukan sesuatu...
kita
manjakan dia atau kita usahakan???


Adakah kita benar2 sahabat? adakah benar2 kwn yg baik?



Shbt yg baik akn lakukan perkara yg terbaik juga utk shbtnya...Bukan mentertawakan, bukan memarahi...Sahabat yg baik akan ada perasaan utk tegur kerana sygkan shbt, bukan syg utk tegur demi kebaikan shbt...

sbg shbt, apabila shbt kita............

Tak Faham, Kita Terangkan -----> Bukan Ketawakan....
Tak Tahu, Kita Tunjukkan -------> Bukan Dimarahkan....
Tak Betul, Kita Nasihatkan ------> Bukan Diumpatkan....
Tak Jelas, Kita Jelaskan ---------> Bukan Dirumitkan....
Tak Mampu, Kita Usahakan ----->Bukan Dimanjakan....




p/s~bukan sekadar perhubungan antara kita dan shbt2, tetapi juga utk org2 sekeliling kita...sekadar perkongsian bersama....

Perasan Tak?

~Dengan Nama Allah Ynag Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~



Kadang-Kadang kita tak perasan,
Kita duk sibuk2 hal dunia,
Hal akhirat tertinggal di belakang....

Kadang-kadang kita tak perasan,
Kita tegur2 org buat salah,
tp kita pun buat benda yang sama.

Kadang-kadang kita tak perasan,
Kita mengata orang,
tp diri sendiri kita tak tgk kelemahan.




Kadang-kadang kita tak perasan,
Masih banyak yg kita perlu perbetulkan,
tapi kita tak boleh nk terima pandangan.

Kadang-kadang kita tak perasan,
kita rasa kita paling hebat,
tp sbnrnye org rasa kita ni belagak pandai.

Kadang-kadang kita tak perasan,
kita dah buat kesalahan,
tapi kita tak boleh nk terima teguran.

Tapi sejauh mana kita PERASAN,
kita sebenarnya Hamba Allah yg juga manusia biasa,
yang sgt2 perlukan masa,
untuk berfikir dan kembali bermuhasabah diri utk perkara yg kita lakukan??.

Kadang-kadang kita tak perasan semua tu,
sbb kita manusia biasa yang hidup penuh dgn perasaan....


Sbb tu kita perlukan teman @ sahabat di dunia utk menegur kita bila kita jd org yg tak perasan apa yg sbnrnye kita lakukan....

p/s~jom cari masa untuk fikir dan muhasabah ap yg dh kita lakukan...

~Belajarlah Untuk Berlapang Dada~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Selamat Pagi.! Mulakan hari ini dengan sesuatu yang bermanfaat dan membuatkan hari-hari anda lebih bermakna.!

Setting minda anda untuk dilapangkan pada hari ini, adjust perasaan anda untuk menjadi lebih tenang dan damai serta practic diri anda untuk bertindak sesuai mengikut keadaan pada hari ini..semoga hari ini lebih baik dari semalam...

Memulakan hari dengan berbagai-bagai perasaan, mampukah kita mengawal perasaan tersebut?? Persoalan yg juga sy tuju kepada diri sendiri.! Antara benda yang perlu kita lakukan dalam meniti hari-hari kita adalah dengan berlapang dada...namun,berlapang dada bukanlah perkara mudah dilakukan sepertimana kita mampu untuk katakan... Perkara yang hakikatnya sukar untuk dilakukan dalam satu-satu situasi....dan kadang kala, mnjadi lebih sukar dengan org yang rapat dengan kita dan dalam situasi yang kita sudah terbiasa...Tpi, dgn berlapang dada jugak lah, sesuatu perkara tu dpt menjadi lebih baik...




Berlapang dada mengajar kita sebagai manusia supaya mengetepikan syak wasangka kita pada manusia lainnya...Mengajar kita untuk berfikiran lebih optimis, memberi ruang untuk minda kita berfikiran lebih terbuka, membantu kita untuk berfikiran positif terhadap diri sendiri serta org lain dan persekitaran.. Melatih diri untuk menerima pandangan orang lain dalam masa yang sama berfikir dengan cara yang terbaik...Berlapang dada hakikatnya membuatkan kita menjadi lebih tenang tanpa mengusutkan fikiran dengan prasangka yang hanya akan mendatangkan mudarat...

Berlapang dada juga mengelakkan berlakunya persengkataan, permusuhan, dendam serta mengurangkan ketidakpuasan hati sesama manusia...saling bermaafan sesama manusia serta mengukuhkan lagi ukhuwwah sesama Islam...

Memang diakui, berlapang dada bukanla perkara mudah, namun tidak bermakna ia tidak mampu untuk dilakukan.! Ayuh, bersama-sama kita melatih diri dan mempraktikkan diri untuk berlapang dada terhadap sesama manusia...semoga dengan sikap yang lebih baik ini, hari-hari yang mendatang akan lebih baik dari hari-hari sebelumnya...InsyaAllah..


p/s~Perkara susah adalah tidak mustahil untuk dilakukan...kadangkala ia adalah satu cabaran untuk kebaikan...optimis.! =))

Sahabat Suka Duka~

~.:sy suka waktu dan saat ini:.~

mempunyai sahabat2 berkongsi rasa...

bahagia dgn shbt2...

bercerita, meluah rasa, berkongsi perasaan....

Sahabat suka dan duka...

Alhamdulillah...

Ya Allah, bahagia nye...

Satukanlah hati-hati kami di jalan Mu Ya Allah...

Semoga persahabatan ini terbina kerana Mu...

Jadikan pertemuan dan perpisahan kami kerana Mu...

InsyaAllah~

=))

.:tanpa sahabat2 yg memahami, kadang kalanya, terasa kosong...hargai lah shbt2 anda... =)):.

Broga oh Broga ~Kembara Mentadabbur Alam~


Alhmdulillah, setelah lama tak mendaki bukit @ gunung, 7 Mei lps, dberi ksmptn utk menaiki bukit Broga bersama shbt2 terchenta...kali terakhir mendaki bukit (kali pertama jgk sbnrnye wktu tu), mase 2009 (kalau tak silap)...

Perjalanan mentadabbur alam kali ini yg sgt2 menarik...perancangan untuk bergerak dari kampus seawal 4 pagi agak terlewat sedikit atas sebab2 tertentu..apa2 pun yg terjadi,perancangn manusia itu Cuma usaha, dan perancangaa Allah adalah yg terbaik...

bermula dari sebelum subuh bergerak meninggalkan kawasan kampus sekitar jam 4.30 pagi,dan Alhamdulillah, sampai ke kwsn Broga Hills sekitar jam 5pgi...kami bergerak berkumpulan seramai 18 org dgn 5 kereta...

Memulakan perjalanan mendaki dlm keadaan gelap di pagi2 hari dan bertemankan lampu suluh serta torch light hp shj...ditmbah dgn tidakk semua shbt2 yg bawa torch light (termasuk sy..hehe), dan keadaan ini mmg mnguji kerjasama antara kami untuk pstikn semua shbt2 dlm keadaan yg baik dan selamat smsa mndaki..

Alhmdulillah, smpai di stage pertama dalam pkul 6.20 pagi...sempat juga shbt2 solat berjemaah subuh di stage 1semasa mendaki di bukit broga tu... seronoknya.! =))



keadaan sudah mulai cerah, kami menymbung perjlanan dgn tidak lagi gunakan lmpu suluh untuk smpai ke puncak broga...perjalanan mentaddabbur alam ini diteruskan lagi sehingga ke puncak...kami berjaya menawan Broga jam 7 lebih pagi...mengambil masa untuk menghayati keindahan alam ciptaan Ilahi di puncak Broga...melepaskan penat lelah dengan bergambar.... =))

Ok2, dah2 duduk kat atas, kmi turun..bg peluang org lain naik kat atas..memandang kan hari itu hari sbtu, makanye, rmai lah yg keluar mencari peluang menawan bukit broga dan mentadabbur alam ciptaan Ilahi yg sgt indah ini....kemudian, kmi teruskan perjalanan kmi menuruni bukit broga dan smpai di bawah jam 8 lebih pagi...


Penat.! Letih.! Tetapi semua itu hilang dgn kemanisan kenangan yang Allah titipkan dalam lembaran kehidupan kami..kemanisan ukhwah dan terpahatnya memori indah...dalam keadaan letih, dan kelaparan mungkin, kami sepakat mengambil keputusan bersarapan bersama sebelum semua pulang semula ke tempat masing2 dan pulang ke kampus...Indah,! kenangan yg sgt indah.!

Terima kasih Ya Allah kerana jadikan ia sebagai sebahagian dari kenangan dalam hidup kami yg smentara ini...semoga ukhwah akan terus terbina diatas jalanAllah..semoga ianya keranaMu..Abadan abada...InsyaAllah..


.:penat.!mmg penat naik bukit broga..tp kepenatan itu hilang dgn kenangan manis yg Allah berikan..syukran Ila Allah:.