Detik waktu kelahiran
seorang bayi
dihiasi tangis Nyaring
berkumandang
menyapa telinga ibu, lalu
melonjak hati ibu
penawar sakit dan lesu
Lalu bermulalah sebuah
kehidupann
yang bakal mewarnai bumi
berdakwatkan air mata
Hidup dimulakan oleh
sebuah tangisan
dicelahi oleh tangisan
diakhiri dengan tangisan
Air mata manusia sentiasa
dalam dua
yang menguntungkan atau
merugikan
Sabda Rasulullah SAW:
“Dua titisan air yang
Allah cinta, darah para syuhada’ dan air mata kerana takutkan Allah.”
Ibnu Ataillah, seorang
ahli sufi dan makrifah telah berkata:
“Tangisan seorang pendosa
lebih Allah cintai daripada tasbih para wali.”
Seorang pendosa yang
menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada abid yang berangan-angan
di syurga mana kelak ia
akan ditempatkan
Ahli-ahli sufi sering
mengingatkan :
“Kejahatan yang
diiringi oleh rasa sedih, lebih Allah sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan
rasa takbur.”
Air mata ada kalanya penyubur hati, penawar duka
Ada kalanya buih
kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan
Penghuni Syuga adalah
mereka, yang paling banyak dukacitanya di dunia
Nabi bersabda:
“Barangsiapa gembira di
dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di
dunia, akan gembira di akhirat.”
Nabi bersabda lagi:
“Jika kamu tahu apa yang
akan aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”
Seorang hukama pernah
bersyair:
“Aku hairan dan aku
pelik, melihat orang ketawa. kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,
lebih banyak daripada
perkara yang menyenangkan.”
Salafussoleh menangis
walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima. sedangkan kita masih
ketawa walaupun amalan tiada
Nabi Muhammad SAW
bersabda:
“Siapa yang buat dosa
dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan
menangis.”
Pencinta dunia menangis
kerana dunia yang hilang
Perindu akhirat menangis
kerana dunia yang datang
“Alangkah sempitnya
kuburku,” ratap seorang abid.
“Alangkah sedikitnya
hartaku,” keluh seorang hartawan.
Kita gembira yang kita
idam-idamkan tercapai
Kita menangis kalau yang
kita cita-citakan terbarai
Nikmat disambut ria, Ujian
menjemput duka
Namun Allah SWT telah
berfirman:
“Boleh jadi kamu membenci
sesuatu, Pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai
sesuatu, pada hal amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak
mengetahui.” [Surah Al-Baqarah: 216]
Menangislah wahai diri, agar
senyummu banyak di kemudian hari
Kerana nasibmu belum
pasti, di sana nanti lembaran sejarahmu dibuka satu persatu
Menangislah seperti
Sayidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:
“Kalau semua manusia
masuk ke syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu,”
Menangislah sebagaimana
Ummu Sulaim apabila ditanya: “Kenapakah engkau menangis?”
Jawabnya: “Aku tidak
mempunyai anak lagi untuk dihantar ke medan perang.”
Menangislah sebagaimana
Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan
Lalu diharamkan matanya
dari memandang ke langit seumur hidupnya.
Ibnu Masud r.a. berkata:
“Seorang yang mengerti
Al-Quran dikenal waktu malam ketika orang lain tidur,
dan waktu siangnya ketika
orang lain tidak berpuasa,
sedihnya ketika orang
lain sedang gembira, dan tangisnya di waktu orang lain tertawa,
diamnya di waktu orang
lain bicara,
khusyuk di waktu orang
lain berbangga.
Seharusnya orang yang
mengerti Al-Quran itu tenang,
lunak dan tidak boleh
menjadi seorang yang keras,
kejam, lalai, bersuara
keras dan marah.”
Tanyailah orang-orang
soleh, mengapa mereka yang banyak menangis
Mereka akan menjawab:
“Bagaimana hendak gembira
Sedangkan mati itu di belakang kami,
kubur di hadapan, Qiamat
itu janjian kami, Neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah Allah.”
Mereka menangis di sini
Sebelum menangis di sana
Dan kita bagaimana?
menangislah kerana kita
tidak menangis seperti mereka menangis
sumber : http://genta-rasa.com/2013/10/22/belum-tibakah-masanya-untuk-kau-menangis/
.: Allah ciptakan air mata sebagai peneman kita, kerana Allah tahu keperluan hambaNya. Menangislah, kerana air mata itu nikmat dariNya :.
0 nasihat:
Post a Comment