"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam." ~Saad bin Abi Waqqas~
Kata-kata ini dipegang dengan ampuh supaya terus tersemat dan terus menjadi ingatan, walau dimana saya berada....
Sungguh, bukan mudah untuk terus istiqamah, tetapi keyakinan pada Allah dan kekuatan diri itu menjadi benteng ketahanan diri.
Kadang-kala, manusia menjadi baik hanya kerana persekitaran. Jika persekitaran kita baik, maka baiklah kita. Jika kita bersama persekitaran yang sedikit berbeza, maka berubahlah pembawakan kita. Sehingga akhirnya, banyaklah cerita-cerita mereka yang hebat suatu masa dulu, kini adalah mereka yang kelihatan seperti "hilang arah"..Nau'zubillah...
Ujian Allah takkan pernah lekang, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mahukan Islam. Namun, sifir mudah perlu kita ingat, "Perjuangan Rasulullah jauh lebih diuji dari kita. Ujian ini baru sedikit. Bertahanlah, andai anda mahu lihat Islam terus tertegak dan subur di muka bumi ini.!"
Firman Allah :
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? [al-Ankabut: 2]
Jadilah seperti benih yang baik. Benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau. Begitulah juga Islam dan kita, campaklah ke mana sahaja, akan tetap Islam aku bawa. Akan tetap Islam aku perjuangkan. Semoga gerak kerja itu tidak akan aku tinggalkan.
0 nasihat:
Post a Comment