Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kehidupan manusia, ada jangka hayatnya. Allah beri nikmat hidup untuk dimanfaatkan sebaiknya. Menanam baja didunia, untuk dituai hasilnya diakhirat. Ibarat sebatang pensil, banyak perkara dan manfaat kita perolehi daripada sebatang pensil.Begitu juga seharusnya kehidupan manusia.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kehidupan manusia, ada jangka hayatnya. Allah beri nikmat hidup untuk dimanfaatkan sebaiknya. Menanam baja didunia, untuk dituai hasilnya diakhirat. Ibarat sebatang pensil, banyak perkara dan manfaat kita perolehi daripada sebatang pensil.Begitu juga seharusnya kehidupan manusia.
Pertama, pensil
itu mengingatkan jika kita boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka ingatlah, akan
adanya kuasa yang membimbing langkah hidup kita, iaitu Allah s.w.t. Dia akan
selalu membimbing kita menuntut kehendakNya.
Kedua, ketika
menulis, pensil akan kerap menjadi tumpul. Kita terpaksa berhenti untuk
mengasahnya. Pensel itu pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia
menjadi tajam dan kemas tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam kehidupan kita.
Kita mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau pendorong
untuk diri kita menjadi lebih baik.
Ketiga, pensil
itu mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun, kita boleh memadamkan dan
betulkan tulisan ini semula. Begitulah manusia, sentiasalah memperbaiki
kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki
kelemahan, kita akan sentiasa berusaha berada di jalan yang benar.
Keempat, tahukah
kita yang mana lebih penting. Antara luar dan dalam pensil? Sudah tentu arang
atau karbon di dalamnya. Sebagaimana adanya sekeping hati dalam diri manusia. Oleh
sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kita dan
hindarilah kerana ia membentuk kita diluarnya.
Kelima, pensil
ini selalu meninggalkan tanda atau goresan apabila menulis. Begitu juga kita,
apa sahaja yang kita buat pasti akan meninggalkan kesan pada diri kita atau
pada orang lain. Maka berhati-hatilah sebelum bertindak.
Jika sebatang pensil Allah ciptakan punya manfaat yang pelbagai buat manusia, pastinya manusia yang Allah ciptakan ini juga punya manfaat yang lebih untuk seisi alam ciptaanNya.
.: Notakaki : Memanfaatkan kehidupan bukan hanya untuk diri sendiri. Hargai nikmat diri yang Allah beri. Indah ciptaan Allah, indah peraturan Allah. Pesanan khusus buat diri sendiri. :.
Such a very good motivation. So deep.. Lets have a meaningful life.
ReplyDelete