"Cantiknya awak! dengan rambut tersisir
rapi, kemas berikat.
Awak pun cantik, dengan shawl kemas dan
sanggul tinggi dibelakang.
Awak pun tak kurang menarik, dengan wangian
dan solekan di muka. Pastinya ramai akan selesa dan suka.
Tapi, cantik lagi kalau awak berhias sekadar
keperluan shj. Tutup aurat sesempurnanya. Risau2 jadi tabarruj kalau-kalau
terlebih solekan dan hiasan itu. Dan pastinya, aurat tak tertutup akan diseksa."
“Sesungguhnya Allah itu cantik
dan sukakan kecantikan”.
(Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi).
Allah tak kata kita tidak perlu untuk menjaga penampilan mahupun tidak
menjaga kekemasan di luar. Tapi Allah menetapkan syaratnya. Solekan biar
berpada, berhias ada batasnya, Aurat perlu dijaga. Tapi Allah tak pernah menetapkan aurat perlu
didedahkan utk nampak cantik luaran. Peliharalah aurat itu untuk yang berhak.
Hilang serinya nanti andai dari sekarang ia dah pun menjadi tatapan umum.
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke
seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk
dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang. (Al Ahzab : 59)
Baiklah, pastinya semua orang punyai impian ke suatu tempat yang
menarik di dunia ini. Dan tanpa anda duga, anda diberikan jalan menuju ke
tempat tersebut. Tetapi, anda harus membuat pilihan. Antara dua pilihan yang
mana akan dipilih?
Jika anda diberi peluang untuk menuju tempat tersebut menaiki
kenderaan yang cantik, yang besar, yang berkilat, dengan tayar sport rim,
dengan aksesori-aksesori baru, dan kereta tersebut ada ada atap yang boleh
dibuka. Tetapi, kereta cantik ini telah digunapakai dan disentuh oleh
tangan-tangan pemandu yang ramai. Bertukar-tukar serta ke pelbagai tempat.
Dalam kereta pula penuh dengan puntung rokok, dengan sampah makanan, dengan
tisu bertebaran serta dengan kesan-kesan tertumpahnya air minuman. Dan kereta
ini tiada jaminan untuk anda sampai ke destinasi anda, andai anda tidak
menyediakan kelengkapan sepenuhnya untuk membaiki kerosakan yang ada.
Dan kereta yang kedua pula, adalah kereta yang anda tak mampu untuk
menilai sebagai mana anda menilai kereta yang pertama. Ia disimpan rapi di
bawah garaj besar, di tutup pula dengan kain tebal yang melindungi rupa bentuk
kereta tersebut. Apa yang anda diberitahu Cuma, kereta itu sangat cantik,
dalamnya bersih, kemas, tidak mudah digunakan sesuka hati, perlu meminta
kebenaran terlebih dahulu! Kereta ini sangat dijaga rapi tuannya, jangankan
kata dekat untuk melihat, melirik dari jauh pun pastinya akan menyebabkan anda
akan dipandang pelik. Tetapi, kereta ini mampu untuk menjadi kenderaan anda
menuju ke tempat yang diidamkan dengan kebolehan dan kecekapan anda memandunya.
Analogi mudah. Begitulah manusia, pastinya mempunyai cita-cita tinggi
menuju syurga Allah. Anda diberikan dua pilihan, dengan mentransformasikan dua
buah kereta tadi kepada wanita. Wanita pertama dengan terdedah auratnya, cantik luarannya dan
dalaman jauh terkeluar dari kiasan luaran. Manakala, wanita kedua yang tertutup
rapi auratnya, yang ternyata jelas tahu batasan auratnya dan ikut perintah
Allah S.W.T.
Kecantikan luaran terbit dari keperibadian dalaman!
Yang mana akan kaum lelaki di luar sana pilih untuk dijadikan peneman
jalan menuju syurga?
Anda menilai, Anda memilih, Anda memimpin.
Wahai wanita, ini bukan bermakna anda perlu berubah demi mendapatkan
lelaki-lelaki soleh.
Berubahlah kerana Allah, InsyaAllah, Allah akan berikan
yang terbaik buat anda.
Nice post. I went through the post I found it very informative and useful. Thanks for sharing.
ReplyDeleteThank You
ReplyDelete