BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Hendak Memberi atau Terima?

~Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

  • Beri atau Terima?
Antara memberi dan menerima, mana yg lg seronok? Pasti rmai akan kata, menerima. Sama mcm kita beri dan terima hadiah, pasti rmai yg akan kata, yg mnerima hadiah lg gembira dr yg memberi...

Cuba kita bygkn analogi ini....

Dua orang shbt baik. Si A dan B. Si A suka membaca dan sgt sukakan buku yg ditulis oleh penulis Z. Kebetulan, lg 2 mggu hari lahir A dan pd masa yang sama, penulis Z ada keluarkan buku terbaru di pasaran..jd, sbg shbt, B tak nak lepaskan peluang utk dptkn buku tu dan dijadikan hadiah sempena hari lahir A...

Bayangkan pada hari B hadiahkn buku pada A, A sgt2 gembira sbb dpt hadiah yg sgt dia suka dan berharga dr shbt sdiri. Itu kegembiraan yg kita dpt lihat pada zahirnya. Tp hakikatnya, siapa yg lebih gembira? si A yg mnerima atau si B yg memberi? letakkan diri anda di tempat penerima dan pemberi.Pastinya, perasaan seronok dan gembira pemberi melebihi penerima apabila pemberian kita diterima dgn sng hati dan dihargai penerima....

Begitu juga dlm kehidupan seharian kita. Memberi bukan shj dlm bntuk brgn yg nyata spt wang dan hadiah atau barang. Tetapi, pemberian spt pengisian,nasihat,kata2 smgt yang berguna juga sbrnya merupakan pemberian yg sgt bermakna. lebih2 lagi, apabila pemberian tersebut mampu utk tambah 'saham' akhirat kita. InsyaAllah.

  • Berilah Walau Sedikit
Bukan banyak yang diperlukan utk memberi. Bukan nilai sesuatu brg yg dikira dlm pemberian. Yg penting, ianya ikhlas dalam memberi.

Tidak susah dan tidak mahal utk menggembirakan org lain. Kata-kata, senyuman,ataupun doa. Tidak walau 1 sen pun dikeluarkan utk kita memberi semua itu. Tetapi ianya cukup berharga buat si penerima. Dan kegembiraan itu akan dtg kepada kita semula. Bak kata pepatah inggeris "what you give,you get back".

Jika anda miskin, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk tidak memberi. Jadilah si miskin seperti Sayidina Ali Karamallahu wajhah. Dia tetap memberi walaupun hidup dalam kemiskinan. Sesungguhnya dia sangat menyedari apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa Allah cinta kepada orang yang pemurah, namun Allah lebih cintakan orang miskin yang pemurah.


  • Bukan Sekadar Memberi Tanpa Balasan
Bukan balasan atas setiap pemberian yg kita harapkan. tetapi manfaat dari setiap pemberian kepada penerima yg kita utamakan. Balasan utk setiap perbuatan kita, pemberian kita,hanya Allah yg mampu utk membalasnya.

Dalam FirmanNya:

“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalannya). Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalannya).” (Surah al-Zalzalah 99: 7-8)

Jangan mengharapkan balasan manusia sedangkan balasan dari Allah lebih baik. Jadikan keyakinan kepada Allah itu pendorong kepada kita utk memberi dan terus memberi.

p/s~Jika selama ini kita jadi penerima yg baik, maka belajarlah utk menjadi pemberi pula. sampaikanlah apa yg kita terima itu kepada org lain, supaya kebaikannya kita terima bersama.

Kata Kita Sahabat, tapi...........

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~




Alhamadulillah,
setiap daripada kita dikurniakan kawan2...
Ada telah pun menemui sahabat sejati...
Bukan perkara mudah untuk berjumpa dengan sahabat sejati....

Sbg shbt, sejauh mana kita menghargai sahabat kita?
Sejauh mana kita menyayangi dan mencintai sahabat kita?
Sejauh mana kita mahukan kebaikan untuk sahabat kita?

Cuba kita bayangkan,
Cuba kita fikirkan,....
Apa kita akn buat, bila............

shbt kita tiba2 tak faham sesuatu..
kita
ketawakan atau kita terangkan???

shbt kita tak tahu nk buat sesuatu....
kita
marah dia atau kita tunjukkan caranya???

bila shbt kita buat perkara tak betul....
Kita
mengumpat dia atau kita nasihatkan???

bila shbt kita tak jelas tentang sesuatu....
kita
rumitkan atau kita jelaskan pd dia???

dan bila shbt kita tak mampu lakukan sesuatu...
kita
manjakan dia atau kita usahakan???


Adakah kita benar2 sahabat? adakah benar2 kwn yg baik?



Shbt yg baik akn lakukan perkara yg terbaik juga utk shbtnya...Bukan mentertawakan, bukan memarahi...Sahabat yg baik akan ada perasaan utk tegur kerana sygkan shbt, bukan syg utk tegur demi kebaikan shbt...

sbg shbt, apabila shbt kita............

Tak Faham, Kita Terangkan -----> Bukan Ketawakan....
Tak Tahu, Kita Tunjukkan -------> Bukan Dimarahkan....
Tak Betul, Kita Nasihatkan ------> Bukan Diumpatkan....
Tak Jelas, Kita Jelaskan ---------> Bukan Dirumitkan....
Tak Mampu, Kita Usahakan ----->Bukan Dimanjakan....




p/s~bukan sekadar perhubungan antara kita dan shbt2, tetapi juga utk org2 sekeliling kita...sekadar perkongsian bersama....

Perasan Tak?

~Dengan Nama Allah Ynag Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~



Kadang-Kadang kita tak perasan,
Kita duk sibuk2 hal dunia,
Hal akhirat tertinggal di belakang....

Kadang-kadang kita tak perasan,
Kita tegur2 org buat salah,
tp kita pun buat benda yang sama.

Kadang-kadang kita tak perasan,
Kita mengata orang,
tp diri sendiri kita tak tgk kelemahan.




Kadang-kadang kita tak perasan,
Masih banyak yg kita perlu perbetulkan,
tapi kita tak boleh nk terima pandangan.

Kadang-kadang kita tak perasan,
kita rasa kita paling hebat,
tp sbnrnye org rasa kita ni belagak pandai.

Kadang-kadang kita tak perasan,
kita dah buat kesalahan,
tapi kita tak boleh nk terima teguran.

Tapi sejauh mana kita PERASAN,
kita sebenarnya Hamba Allah yg juga manusia biasa,
yang sgt2 perlukan masa,
untuk berfikir dan kembali bermuhasabah diri utk perkara yg kita lakukan??.

Kadang-kadang kita tak perasan semua tu,
sbb kita manusia biasa yang hidup penuh dgn perasaan....


Sbb tu kita perlukan teman @ sahabat di dunia utk menegur kita bila kita jd org yg tak perasan apa yg sbnrnye kita lakukan....

p/s~jom cari masa untuk fikir dan muhasabah ap yg dh kita lakukan...